NuPS.MY






Secondary School Memories
Friday, November 23, 2012 0Reaction


Tingkatan Satu

kelas satu harmoni, kelas yang paling happening dengan kenakalan budak budak lelaki kelas itu dan keaktifan budak budak perempuan, HAHA. Guru kelas kami tidak silap Puan Musrifah mengajar subjek Sains untuk kelas kami, cikgunya baik sangat ! masa tingkatan satu kita duduk sebelah kawan darjah enam sebab itu sahaja satu satu kawan yang saya kenal didalam kelas itu. Masa tingkatan ini kita agak nakal sikit, yalah baru habis UPSR kan. Pandai berpasangan lah langgar peraturan sekolah lah. Memori untuk tingkatan satu sangat indah terutama satu kelas dengan mereka mereka yang lucu, tapi dalam banyak banyak tingkatan saya harap saya tak akan temui dan tidak berharap untuk undur ke tingkatan ini :)

Tingkatan Dua

tingkatan dua gemilang, tingkatan yang sangat melucukan ! tingkatan ini agak boring sikit, sebab entahlah tapi okay lah juga. tingkatan ini lah saya menemui peminat pertama saya, minat pada kita bersungguh sungguh pula itu tulis surat cinta dengan meletakkan bedak lah sebagai wangi surat cinta itu, macam macam cara lah nak memikat hati kita (ceyt) dan tingkatan inlah saya mula belajar dengan bersungguh sungguh ahaha. untuk tingkatan ini saya mula berubah baik sikit sebab saya berkawan dengan mereka yang mempunyai hati yang sangat mulia, terima kasih kau orang. kita belajar bersungguh sungguh supaya dapat naik ke kelas Elit begitu supaya nak setaraf dengan mereka yang berjaya, tak dapat masuk kelas KRK, kelas Elit pun jadilah  :)

Tingkatan Tiga


  


  
Alhamdulillah rezeki dari Tuhan dapat saya berpindah ke kelas Elit iaitu kelas tiga falakh. dari sini saya kenal dengan ramai orang, orang orang yand dikira hot stuff juga, percaya atau tidak sampai sekarang mereka mereka yang satu tingkatan dengan saya pada waktu ini masih berkawan rapat sehingga sekarang, hanya segelintir sahaja. ini tingkatan untuk ambil PMR tetapi bukan rezeki saya tak dapat PMR straigh As pun :(. apa yang seronok ketika saya di tingkatan ini, saya kenal dengan ramai kawan terutama kawan lelaki pada masa ini juga hati saya terbuka untuk meminati seseorang yang sangat handsome. HAHA tapi ada juga waktu bosan terutama selepas habis PMR, kami dikumpulkan didalam surau, tidak buat apa apa hanya indoor game dan belajar sedikit tentang ilmu agama. cakap tentang ilmu agama ada time kami semua belajar Sembahyang Solat Jenazah, ustaz kata "angkat takbir sahaja, tak perlu rukuk, sujud dll" tapi kita bila dengar "allahuakbar" untuk kali kedua kita seorang sahaja yang menundukan badan untuk rukuk, segan sangggaattt ! nasib baik budak lelaki tak nampak.

Tingkatan Empat


 

   
berpindah ke sekolah baru ! mula mula agak keberatan sangat nak pindah sekolah baru sebab jiwa dah sebati dengan sekolah lama, disebabkan kepadatan pelajar untuk sekolah itu jadi kerajaan Selangor telah menubuhkan sebuah sekolah baru yang berdekatan dengan rumah saya. Terima Kasih banyak banyak. Ok hari pertama ke tingkatan empat kita tak datang sekolah, sakit perut. jadi kawan saya beritahu saya ditempatkan ke kelas Sains Tulen, terperanjat anak beruk saya, HAHA tetapi pada keesokan harinya ianya dirombak semula dan saya mendapat kelas akaun, rasanya kelas itu kelas yang paling ramai pelajar, ramai pelajar ramailah pesaing kan ? tahun ini juga untuk kali pertamanya saya sambut hari jadi saya dengan kawan kawan kelas saya, beri cupcakes seorang sebiji cukup menggembirakan hati mereka sampai kelas lain tanya 'beli mana kek itu' HAHA, oh ya rasanya time ini juga yang saya dan rakan rakan bermain hujan dekat rumah kawan kita, seronok sangat time itu, tak ada orang nampak pun sebab pagar dan tembok rumah tinggi. menggigil ? tak kira sudah, main hujan baling baling air memang seronok :) ada lagi, ini merupakan first time class kami buat drama, first time kami dapat gelaran "kelas tebaik dalam drama" lebih kurang begitulah ayatnya, HAHA. drama pertama kami, drama komsas "Cempaka Berdarah" kami buat ver kelakar sedikit bagi menarik perhatian penonoton, jadi kami dinobatkan sebagai pemenang drama komsas. kemudian kami telah ditawarkan kontrak untuk Drama Merdeka pula, drama itu pun dapat sambutan. kami buat dua persembahan satu untuk sesi pagi satu lagi untuk sesi petang, popular betul kelas kami :)

Tingkatan Lima


    

  
    
satu perkataan untuk menggambarkan tingkatan ini 'terbaik', sangat terbaik, tahun terakhir kami dikenali sebagai pelajar sekolah siap kami diberi gelaran Senior Amanah. kalau diberi pilihan dan saya mempunyai putaran masa, saya akan memilih tahun 2011 dimana tahun ketika saya berumur 17 tahun bersamaan tingkatan 5. tak tipu tahun ini sangat seronok sebab sudah sebati dengan pelajar pelajar kelas itu walaupun munculnya budak budak baru. tahun ini kami berbuka puasa bersama sama pergi lawatan kelas sama sama sambut hari jadi guru kelas kami sama sama sambut hari jadi saya untuk kali kedua sama sama jamuan kelas sama sama mini konvokesyen yang paling seronok main galah panjang lelaki dan perempuan sama sama even kelas lain pula ikut jejak kelas kami, terlalu banyak sangat memori kami bersama sama, sangat rindu waktu ini. pada tahun ini saya kami telah kehilangan kawan kami yang rapat sangat, seoarang yang berbakat pandai dan sangat baik hati. kita rasa sangat bersalah kerana tidak dapat menghadiri ke upacara pengebumianya hanya iringan al-fatihah sehingga ke hari ini kita mampu sedekahkan buat arwah. rasanya pada tahun ini juga kita mula stress, pernah satu kali kita menjerit kuat dan menangis sebab entahlah, diorang tidak sefahaman bila nak decorate class. HAHA bila fikir fikir balik segan pun ada, tertubuhnya juga group "Gossip Girl" pada tahun ini, sejak bila ditubuhkan tidak tahu, tapi ini bukan team gossip sahaja sebab saya akan automatik blurrrr bila bergossip, hehe.

nota pendek : maaf jika blog kali postnya panjang, but enjoy :)



Grab Yours Now !




. Newer Post



track web hit