NuPS.MY






Let's Be Happy :)
Thursday, March 29, 2012 0Reaction






Pagi - Jumpa 'tiga serangkai' pada waktu pagi sebab mereka semua baru pulang daripada joging jadi mereka singgah rumah sekejap macam biasa. Bersembang punya bersembang lepas itu  belanja mereka semua makan sebab mereka belum breakfast lagi sementara menunggu kawan kepada 'tiga serangkai' untuk menjemput mereka pulang

Tengah Hari-Lepas 'tiga serangkai' sudah pulang pergi rumah Amelia.Cadangnya nak tengok movie daripada hard disk kawan tapi cucuk punya cucuk USB itu tak boleh nak connect dengan video player. Lepas itu buka almari televisyen Amelia ~ Banyak betul CD dan VCD yang ada. Amelia promote punya promote akhirnya tengok cerita Fantastic Four dan Cerita Hantu (tak ingat tajuk filem) XD. Bosan tengok filem akhirnya tengok Astro sahaja sudah tengok ArtZooka Beauty and The Geek Australia Hannah Montana The Movie dan SpongeBob Squarepants .. Wahh Seronok betul .. Okay pukul 3 balik rumah takut menganggu orang nak tidur tengah hari ke nanti ayah Amelia nak balik segan pula baik cabut awal XD

Petang-Kakak drive pergi Tesco sebab tok nak beli maggi mula mula nak ajak Amelia sebab teringin sangat nak pergi Tesco tapi bila fikir kakak saya baru memegang P yang hanya baru 3 bulan lain kali bawa Amelia nanti accident apa nak jawab ~ Bawa anak orang pula itu  maaf Amelia :( ... Pergi Tesco jumpa Ain kerja situ rupanya cekap betul dia buat kerja sembang punya sembang kami pun akhiri sembang kami sebab nak pulang nanti tok risau :)

Hampir Senja-Kakak ajak main badminton.. Ok keluar main badminton lepas itu ada angin pula jadi kami memutuskan untuk berjalan jalan dekat Taman Anggerik itu ~ Lepas itu pergi taman nampak ada dua buaian kosong jadi kami sepantas kilat menuju ke buaian tersebut ahaha XD . Seronok sangat main buaian sebab dah lama lama lama lama lama sangat rasanya tak pergi taman permainan untuk bermain buaian ~ Seronok sangat main buaian dengan kakak saya sambil bercerita meluahkan perasaan yang agak rahsia shhhh ~

Malam-Ayah ajak pergi Petronas sebab nak beli no pin UM untuk Kakak terjumpa pula Pn.Amali dengan anak dekat Petronas ~ Lepas beli no pin kami cari makanan ringan dalam Petronas itu sebab ayah belanja! Lepas itu pergi Taman Telipot sebab ayah nak hantar susu .. Pergi Taman Telipot semua jalan tutup jadi ayah berhenti dekat bahu jalan .. Saya dan kakak ditinggalkan di dalam kereta dengan keadaan jalan yang tiada cahaya lampu ! Takutnya ~ nasib baik ayah balik cepat . Bila ayah balik daripada hantar barang ayah beri kunci kereta pada saya maksudnya ayah nak suruh saya memandu ! First Time memandu pada waktu malam lagipun sudah lama tak bawa kereta manual jadi agak kekok sikit tapi kereta jalan sahaja ! Balik itu tengok cerita dekat tv3 bahagian slot seram itu ~ Cerita Hantu kena takut tapi saya dan kakak asyik gelak sahaja ! ahaha cakap kenapa Puchong muncul la ? ada hantu dekat kawasan perumahan ini ke? Siap kata nanti esok kita Google tentang hantu !

Jadi hidup saya bertambah seronok sejak kedatangan Kakak Tok dan Mak Ngah di rumah ini ~ Terima Kasih !



Grab Yours Now !




. Newer Post



track web hit