NuPS.MY






The End
Saturday, December 17, 2011 0Reaction
   
49 Days Cast
Banyak pengajaran yang boleh saya dapat melalui drama korea tersebut. Sebab itu kalau nak tengok sesuatu cerita perlu ada nilai dan pengajaran bukan sekadar lawak atau kacaknya pelakon itu. Nak tengok la.. Tak bagus Tak bagus~

   
1)Cinta Sejati. Betul apa orang kata nak mencari cinta yang betul-betul sejati memang susah. Melalui cerita ini terdapat dua cinta sejati yang saya temui antara Ji Hyun dengan Han Kang dan Yi Kyung dengan Yi Soo. Walaupun dah meninggal tetapi hati mereka masih pada pasangan masing-masing dan tidak berubah cinta mereka. Saya lebih suka cinta antara Ji Hyun dengan Han Kang cinta yang berputik dari zaman sekolah dan tidak mahu mengaku masing-masing dan akhirnya Han Kang menyedari cinta dia terhadap Ji Hyun selepas Ji Hyun bangun dari koma selama 49 hari~

2)Kawan Sejati. Kawan yang kenal dari zaman persekolahan. Walaupun In Jung pernah menyakitkan hati Ji Hyun dengan membuat rancangan dengan teman lelaki In Jung,Min Ho untuk merampas syarikat kepunyaan ayah Ji Hyun namun setelah menyesalinya dia telah menitiskan air mata yang tulen yang diperlukan oleh Ji Hyun untuk meneruskan kehidupan. In Jung juga rela berjalan kaki ayam demi memberi sepasang kasut kepada Ji Hyun semasa hari pertunagan Ji Hyun. Kawan baik Ji Hyun yang lain Seo Woo merupakan seorang rakan yang sangat setia kepada Ji Hyun dan baik hati. Selalu menziarahi Ji Hyun ketika terlantar dalam hospital selam 49 hari. Jadi kawan memang senang cari. Dekat bahu kaki lima kalau kamu sapa pun jadi kawan. Tapi kawan sejati? Adakah?

   
3)Memberikan pertolongan ketika susah. Contohnya Han Kang menolong Yi Kyung memberi pekerjaan kepadanya kerana hidupnya yang susah walaupun banyak Yi Kyung mengenakan syarat. Kedua Yi Kyung menolong Ji Hyun dengan meminjamkan badanya untuk mencari 3 air mata tulen kerana Ji Hyun dalam keadaan separuh roh. Ketiga Ji Hyun yang mendapat pertolongan daripada Yi soo sebagai orang berjadual yang mengambil roh orang mati~Apabila Ji Hyun dalam keadaan masalah Yi Soo datang memberi pertolongan walaupun telah diberi amaran oleh Yi Soo supaya tidak kerap memanggilnya melainkan betul-betul kecemasan.

Saya suka gabungan Nam Gyu Ri denagn Jung Il Woong mereka berdua sering bergaduh dan terdapat scene yang kelakar apabila mereka bertemu disebabkan Ji Hyun selalu menyusahkan Yi Soo~ Mereka berdua patut berlakon bersama lagi sebagai watak utama!

Macam saya cakap tadi cerita ini kurang kelakar tapi penuh bermakna. Kalau sedih,sedih sangat~
Sebenarnya ada lagi tapi tak jumpa gambar konklusinya tengok cerita dia..Okay lepas ini nak tengok drama lain lakonan Nam Gyu Ri lagi :P



Grab Yours Now !




. Newer Post



track web hit